Rabu, 13 Januari 2010

JADILAH WANITA SHOLEHAH


Untungnya jadi wanita...

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima warisan kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak harus selalu taat pada isterinya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tiada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya)??


1. Mengenai aurat, benda yg mahal harganya tentu akan dijaga dan disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak dimana-mana bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita Islam.

2. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama drpd ayahnya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

3. Wanita menerima warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sedangkan lelaki menerima warisan perlu menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segalmaka meninggalnya syahid.

5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.


6. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat saja : Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki pula perlu pergi berjihad fii sabilillah (bi ma'na qital), tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...demikian sayangnya ALLAH pada wanita kan?


Mungkin karena kaum wanita ini cepat alpa dan lupa dgn nikmat2 yg Allah telah kurniakan.. mungkin juga karena wanita fitnah terbesar bagi kaum lelaki di akhir zaman ini.. ungkin juga karena tiada keimanan dan ketakwaan, tidak takut pd Allah, cinta pd dunia, takut mati, mempertuhankan hawa nafsu, gejala sosial, feminisme, faktor lingkunagn dan mcm2 lagi..wallahua'lam..

Maka, hendaklah kita berhati-hati dan sentiasa memohon petunjuk, pengampunan serta perlindungan drp Allah swt.. moga kita semua terselamat dari azab dan kemurkaan-NYA..amin..

Wallahua'lam..

---
copas dari seorang teman

karena seringkali ketidakpatuhanku adalah karena ketidaktahuanku... :)

3 komentar:

  1. wanita sholehah selalu di damba .. di dunia dan akhirat ..

    BalasHapus
  2. ya terimakasih ...
    semangat ! berusaha menjadi wanita sholehah yang di dambakan itu

    BalasHapus